‘Partition’ lanjutan pula boleh mengambil baki ruang yang ada. Walau bagaimana pun, ‘partition’ lanjutan, boleh dibahagikan kepada lebih dari dua bahagian, dan dikenali sebagai pemacu-pemacu logikal dengan nama D, E, F dan seterusnya. Pemacu-pemacu logikal adalah sebenarnya pembahagian cakera keras yang sama, yang boleh dianggap sebagai cakera-cakera keras yang berasingan. Setiap pemacu logikal mempunyai nama huruf yang berbeza dan FAT dan direktori akar (Root Directory) yang tersendiri.
Sektor pertama pada cakera keras, iaitu, silinder 0, kepala 0, sektor 1, dikenali sebagai ‘Master Boot Record’ (MBR) atau jadual partisi (partition table). Ia mengandungi jadual data yang menunjukkan kawasan-kawasan yang diagihkan kepada partisi-partisi yang ada pada cakera keras. Ia juga mengandungi program yang membaca jadual data itu, pergi ke partisi yang betul dan ‘load’ satu lagi sektor but, dari permulaan partisi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan